Mengukur rasuah Rasuah

Mengukur (kadar) rasuah - secara statistik, untuk membandingkan beberapa buah negara, sebenarnya tidak memberikan hasil yang boleh diikuti sepenuhnya. Transparency International, salah satu badan terkemuka dalam kajian dan kegiatan antirasuah, telah menyediakan tiga penanda aras, yang diterbitkan setiap tahun: Indeks Persepsi Rasuah (berdasarkan pendapat para ahli tentang kekorupan negara-negara dunia); Barometer Rasuah Global (berdasarkan tinjauan pandangan rakyat tentang persepsi dan pengalaman mereka berdepan dengan gejala rasuah); dan Tinjauan Pemberi Sogok, yang melihat sejauh mana syarikat-syarikat antarabangsa/multinasional bersedia memberi sogok di negara-negara yang menjadi tempat operasi mereka. Transparency International juga menerbitkan Laporan Rasuah Global; edisi tahun 2004 yang memfokuskan rasuah dalam lapangan politik.

Indeks Persepsi Rasuah

Indeks ini ialah Indeks Persepsi Rasuah yang dikumpul dari ahli perniagaan atau bisnes yang memberi mata dengan skala 0 hingga 10 dengan 10 (bersih dari rasuah) dan 0 (kadar rasuah yang amat tinggi). Indeks ini telah dirangka oleh Transparency International satu badan antarabangsa yang menganalisa ketelusan serta kadar rasuah di peringkat sejagat.

Antara negara-negara yang mempunyai kadar rasuah yang amat tinggi dan mendapat mata di antara 1.5 dan 2.0 dalam TI Corruption Perceptions Index 2004 termasuklah:

Di kalangan negara ASEAN (selain Myanmar), Indonesia mempunyai mata yang sangat rendah iaitu pada 2.0. Manakala Singapura terletak di bahagian yang lebih tinggi iaitu dengan mata 5.0. Namun negara ASEAN yang mendapat keyakinan paling tinggi ialah Malaysia dengan 9.3.[perlu rujukan]

Laporan Transparency International 2001

Dua belas buah negara yang paling kurang kes rasuahnya, menurut tinjauan dan penyelidikan oleh Transparency International pada tahun 2001 adalah seperti berikut (disusun mengikut abjad):

Australia, Kanada, Denmark, Finland, Ireland, Luxembourgh, Belanda, New Zealand, Norway, Singapura, Sweden, dan Switzland.

Tiga belas negara yang paling korup pula ialah... (disusun mengikut abjad):

Azerbaijan, Bangladesh, Bolivia, Cameroon, Indonesia, Kenya, Nigeria, Pakistan, Filipina, Rusia, Tanzania, Uganda, dan Ukraine.

Tinjauan dan penyelidikan tersebut masih dipertikaikan kerana dianggap terlalu subjektif.